Pages

Powered by Blogger.

Wednesday, April 4, 2012

Gembiranya saya hari ini

Sambil menghirup air milo panas, aku menulis entri ini. Sekadar perkongsian kegembiraan yang aku lalui pada hari ini. 

Hari ini bersamaan 3 April 2012 iaitu hari selasa aku dengan rasminya telah dilantik sebagai Pengurus bagi syarikat EZ Qurban Sdn. Bhd. yang akan berkuatkuasa bermula 1 Mei 2012. Aku rasa suka dalam duka. Kenapa aku suka? Sebabnya aku kembali kepada syarikat yang pernah aku berkhidmat dulu. Sebuah syarikat yang bosnya sangat baik dan perniagaan semakin rancak dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari umat Islam. Sudah pastilah aku begitu gembira untuk berkhidmat kembali disini?

Kenapa aku berasa duka? Sebabnya aku meninggalkan sebuah syarikat yang masih terumbang-ambing dari segi pengurusannya. Kini syarikat ini dikendalikan oleh kawan baik aku, Aswad Khawarie. Satu cabaran buat dia untuk menyusun kembali hala tuju EZ Kembara untuk masa hadapan. Mungkin dengan idea yang baru dapat mengembangkan lagi syarikat tersebut. Insha Allah. 

Bukan aku seorang sahaja yang naik pangkat tapi ada 3 orang kawan aku juga dapat jawatan yang sama untuk syarikat yang berbeza. Mereka adalah :- 
- Laila Farhana untuk syarikat Al Baghdadi 
- Haslina untuk Yayasan Al Baghdadi 
- Aswad Khawarie untuk syarikat EZ Kembara Sdn. Bhd. 

Masing-masing memikul tanggungjawab yang berat untuk memastikan syarikat bergerak dengan baik. Yang bestnya pulak PENGURUS dapat banyak kelebihan antaranya kenaikan gaji,elaun tambahan,kemudahan kereta pejabat dan sebagainya. Memang terbaik. 

Bila fikir-fikir balik rezeki itu memang datang dari Allah dengan usaha yang kita telah lakukan. Buat masa ini yang aku lihat semua pengurus ni memang bekerja keras untuk syarikat masing-masing. Mungkin dengan kerja keras yang mereka tunjukkan diberi kepercayaan untuk membantu BIG BOSS masing-masing.

Apa-apa pun aku seronok berkerja bersama mereka. Walaupun gaji kecil tapi suasana kerja menghiburkan serta mengajar aku untuk lebih matang sematang matangnya.

Jumpa lagi di post yang akan datang..

3 comments:

  1. Salam Pejei :).
    Mabrouk...
    Moga terus sukses.
    Psst, ada keja kosong tak? Saya balik September ni:P
    *serius pasal keja tu*. Kot2x la ada keja kosong, bancuh kopi pun ok jugak

    ReplyDelete
  2. Wkumslm SNS..
    Terima kasih banyak2..
    Awak balik September ek,kalau camtu apply kerja kat Siti Nor Fatahyalah..Saya rasa ada kerja kosong kat EZQ..
    Lagi pun awak dah ada pengalaman,senanglah..
    Hehe..

    ReplyDelete
  3. Betul ke? Okay, nanti saya hantar resume kat K.Siti. hehehe.
    Save the position yer. :)

    ReplyDelete

 

Blogger news

Blogroll

About