Apa yang ingin kongsikan adalah berkenaan tentang cara orang cina berniaga.Kalau nak kongsikan berkenaan perjalanan aku selama seminggu disana mungkin letih kot nak menaip.Dahlah aku ni kuat bebel so aku nak fokus pada satu bidang sahaja.Yang aku dapat tengok dengan jelas adalah mengenai industri pelancongan dimana aku sendiri terlibat dalam perniagaan ini. Bijaknya orang cina ini adalah kerana kerajaan mereka mengendalikan semua agensi pelancongan yang berada di negara China. So agensi pelancongan ini akan membawa semua pelancong ke tempat-tempat yang hak milik kerajaan antaranya Silk Factory, Jade, Crystal, Tea, Massage dan sebagainya. Agensi pelancongan yang membawa pelancong ini ada diberi kos "ground hadling" yang murah agar pelancong dapat masuk ke China kemudian ketika di kedai-kedai milik kerajaan inilah semua pelancong akan dipancung dengan memaksa mereka untuk membelanjakan duit mereka membeli barang. Pada mulanya pelancong akan cuba mengawal nafsu mereka untuk membeli tapi apakan daya keinginan lebih besar. Confirm pelancong akan membeli barang even satu barang. Taktik orang cina ni pun pandai,mereka akan membawa semua pelancong ke kedai milik kerajaan dahulu kemudian barulah di bawa ke pasar-pasar malam. So pelancong akan spend duit banyak pada kedai kerajaan berbanding pasar malam. Bilamana kedai ini untung maka kerajaan pun akan untung sama. Bijak..Bijak..
Ini antara gambar-gambar tempat yang kami lawati tanpa perlu membayar apa-apa pun :-
Tembok Besar China
Pintu masuk di Forbidden City
Pintu masuk Summer Palace
Pemandangan tasik di Summer Palace
Berlatar belakangkan Stadium Olimpik 2008 @ Sarang Burung
Imam Masjid Niujie mendoakan untu semua para peserta
Kelajuan Bullet Train dari Beijing - Tianjin
Spiderman Malaysia dijumpai melekat di Bullet Train.haha.
Barisan urusetia kembara (aswad dah berumur dah.hehe)
Ini pula gambar-gambar di kedai milik kerajaan yang membuatkan pelancong ghairah untuk bershopping :-
Jade asli buatan China
Banyak betul Hawa beli pisau dengan gunting di Kilang Dellman
Tianjin Ancient Cultute Street
Bergambar di luar shopping complex
Dr. Tea - Chinese Herbal Medicine Center
Pearl Center. Halimah bukan beli pun, testing je tu. Freela katakan :)
Di kedai sutera. Yang ini paling menarik bagi aku.haha.
Menonton wayang cerita Shaolin.Best.
Doktor diubati oleh Doktor China menggunakan teknik "Ching" :)
Kongsi gelap China bergambar dengan cermin mata kristal pinjam.
Inilah si pembohong bagi aku.Pandai belit cerita.
Sedap teh dia.Setiap teh ada cara tersendiri minumnya.
Duit aku pun habis beli helikopter ni.3 kali main dah jatuh-jatuh so buat perhiasan je. Der punya pasallah ni.
Aku mula terfikir,kalaulah Malaysia buat sama seperti apa yang orang cina buat confirm ramai peniaga kita yang semakin berjaya dan maju. Kerajaan wajibkan agar setiap agensi pelancongan membawa pelancong untuk melawat ke sesetenagh kedai yang memang terkenal degan mutu dan kualitinya. Sebagai contoh di Pasar Seni,kedai jualan barang-barangan kampung dan sebagainya.Secara tak langsung ekonomi negara akan meningkat dengan adanya perbelanjaan yang banyak dari pelancong-pelancong yang datang. Satu lagi situasi yang berlaku ketika kembara aku disana ialah kami telah terkena "multilayer cheating".Kisah ini berlaku sewaktu aku pergi melawat satu tempat namanya Jewellery City. Ini bukan kedai milik kerajaan tetapi milik seorang cina yang kononnya dari Malaysia.Bila kami masuk sahaja di kedai tersebut ada seorang cina perempuan datang dan ingin memberikan penerangan.Pada mulanya dia speaking sebab tak pandai cakap melayu. Kemudian dia keluar untuk panggil bos,katanya bos adalah orang Malaysia.So bos dialah yang take over untuk sesi penerangan.Sebelum dia bersembang panjang, dia mulakan sesi tersebut dengan memberi hadiah pada semua seutas rantai dengan batu jade hijau.Katanya harga rantai tersebut dalam RM60.00++. Khas untuk orang Malaysia yang datang kedai tersebut maka seronoklah semua peserta termasuklah aku jugak.haha.So si bos ni pun offerlah harga murah-murah pada kami.Kononnya dia bukan selalu datang china so kami beruntung dapat jumpa dia.Kalau dengan orang Jepun,dia bagitau yang dia akan naikkan harga setinggi-tingginya kerana berdendam dengan mereka sejak dulu lagi.Kami pun rasa beruntung sebab dapat harga yang murah.Bukan main shopping mak dan ayah angkatku.So bila selesai kami pun keluar ke tempat lain.Kini giliran yang satu lagi untuk masuk ke kedai tersebut.Bila mereka masuk,situasi yang sama berlaku ketika kami mula-mula masuk ke kedai tersebut.Mereka melakonkan semula babak yang sama seperti tadi.Alangkah pandainya mereka berniaga.Tak kira halal haram yang penting ada untung.Begitulah pandainya orang cina dalam perniagaan.Respek giler :)
Tips-tips bagi mereka yang baru pertama kali hendak ke Beijing, China :-
- Jangan berbelanja banyak sangat di kedai-kedai milik kerajaan melainkan anda rasa barang-barang tersebut berkualiti dan tidak terdapat di Malaysia. Sebab takut nanti anda akan menyesal bila tiba di pasar malam mereka. Barang yang sama 100% copy jadi buat keputusan dengan bijak :)
- Dari segi ubat-ubatan di tempat massage nanti,jangan terpedaya dengan ubat yang akan diberika kepada anda.Confirm harga mahal nak mampus.Kalu tak xcaya anda tunggulah nanti.Anggarn buat yang diberikan dalam lingkungan RM2000 ke atas.
- Bilamana anda hendak menawar harga sesuatu barang maka pastikan yang barang tesrebut anda betul-betul nak beli.Sekiranya anda ini hati keras dan kering tiada masalah tapi bagi orang yang hatinya lembut maka orang cakap "TOKSAHLA" :)
- Mereka akan bawa anda ke pasar malam waktu 2 hari terakhir so sekiranya anda yang spend banyak duit di kedai-kedai kerajaan maka nak tak nak anda kenalah tukar lagi duit Malaysia.elok-elok bajet nak belanjakan RM500 sahaja tapi kemudiannya anda dah berbelanja sebanyak RM1000.Kan dah lari bajet.
ishhh, bnyaknya mmbebel...mmng layak anda bekerja dibidang yg sedang diceburi...berpada2, fikir2kan kenapa mereka mmbawa k kedai2 tertentu...dan kenapa pula cara dia org me'manipulasi sebegitu rupa...sbb depa ada target. Adakah kita mmberikan sambutan sebegitu pada barang yg sama di Malaysia...atau pernahkah kita survey dahulu barang yg sama di sini sebelum ,mmbeli di sana...hahhaah. sutera itupun...rasanya bukan sutera...ada juga melihat n merasa betepa lmbutnya sutera yg harganya ratusan...sungguh berbeza....
ReplyDeletehehehe..bukan selalu membebel umi so kat sini nak bebellah sikit..sikit je pun bukan banyak..hehe..pasni nak g daerah lain plklah..Guangzhou ke, Xianjin ke..org ckp kat sane best lagi..Nnti kite g same2 ye umi :)
ReplyDeleteBesh bro terasa nak pergi lagi sana kan hehe
ReplyDeletehttp://duniadalamjaket.blogspot.com/2011/07/jalan-jalan-beijing-disember-2009.html