Dalam pukul 9.00 pagi aku tiba di pejabat..Aku pun membelek tiket penerbangan kami tiba-tiba aku perasan nama aku takde "MOHD"..Punyalah gelabah aku so cepat-cepat aku pergi ke KL Sentral untuk tukar nama..Alhamdulillah selesai..Lega aku..Lepas zohor aku pun menuju LCCT..Bila tiba di LCCT tadi, hati berasa tenang je..Seronok nak berjalankan..Tahun lepas time Ramadhan aku dah pun sampai Myanmar..Tu lah first time aku pergi, yang hari ini kali ke-2..
Bila urusan di kaunter check in so aku pun bagilah pasport untuk check in pastu petugas tu pun tanya "VISA mana ye?"..
Cik Mah pun dengan tenang menjawab "VISAkan on arrival"..
Petugas tu pun membalas semula "Sekarang ni kena buat VISA kat Malaysia puan, Dah tukar procedure"..
Aku yang dengar ni da cuak giler..Flight pukul 5.05 petang, mana sempat nak buat sekarang..Aduyai..
Aku dengan Cik Mah pun buat keputusan nak tunggu Bos Besar datang dulu..So bila Ustaz Azhar dah sampai ustaz pun berbincanglah dengan dorang..Sah!!!Memang kena buat VISA kat Malaysia lagi..Ustaz pernah tanya satu travel agent yang biasa pergi Myanmar, dorang cakap pun buat on arrival..So sekarang dah tukar procedure..Jadi kami berhadapan masalah untuk memberitahu kepada sahabat kembara yang lain..huhu..Jeng2!!!
Bila semua dah sampai so ustaz pun maklumkan tentang situasi sebenar..Alhamdulillah semua peserta boleh terima dengan hati yang terbuka..Takdela yang tiba-tiba naik anginkan..Takut jugak aku kang masam muka je..Aku sangat berbangga dengan sikap terbuka yang ditunjukkan oleh Encik Zul, Cik Ton, Encik Azizul, Encik Badri dan Cikgu Noriah..Terima kasih banyak-banyak ye..
Insya Allah jika ada rezeki kami akan bertolak ke Myanmar pada esok hari 24hb Mei 2011 iaitu hari selasa..Doa-doakanlah urusan kami dipermudahkan..Amin..
Pelajaran yang aku terima hari ini adalah jangan terlampau leka atau mengambil mudah sekiranya benda itu nampak mudah. Takut-takut ada benda penting yang kita terlepas pandang. Satu lagi pelajaran yang bermanfaat untuk aku pelajari. Terima kasih kepada pengalaman. Syukur ke hadrat Ilahi atas ilmu yang diberikan..
Saat-saat menunggu bulan jatuh ke riba :)
lucu.hihi... apapun,ada hikmahnya kan. syukurlah yang sertai kali ini tak ramai..mudah untuk berurusan. kenangan. hihi
ReplyDeletepengalaman mmg mengajar kite...renung2 kn dan selamat beramal.... =)
ReplyDelete