Pages

Powered by Blogger.

Saturday, April 4, 2015

Madu Quad

.
Saya menjual Madu Quad yang diimport dari Hutan Bima, Indonesia. Sekarang ini sudah masuk botol kedua untuk saya makan sendiri. Rasanya sedap. Anak & isteri juga suka makan.
.
Khasiat, maklumat & harga mengenai Madu Quad boleh dilihat sendiri pada gambar-gambar yang saya sertakan. Anda boleh teliti terlebih dahulu untuk mendapatkan kefahaman yang jelas.
.
Alhamdulillah sambutan dari sahabat serta kenalan sangat menggalakkan. Cuba sekali pasti nak lagi. Saya pasti.
.
Madu merupakan makanan sunnah. Makanan yang digemari oleh Rasulullah SAW.
"Gunakan semacam 2 jenis ubat iatu Al-Quran dan Madu" - Hadis Riwayat Bukhari.
.
Jika berminat untuk mencuba, sila hubungi saya menerusi whatapp di talian :
012-3335615
012-3335615
012-3335615
.
---------------------------------------------------------------------
.
Sekiranya anda berminat untuk berniaga atau menjadi Agen, kita boleh berbincang dengan lebih lanjut. Agen yang serius sahaja.
.
Pesan sifu saya yang stylo, bermula kecil dan bermula betul. Pasti akan berhasil. In shaa Allah. Kita berusaha.
.
Promosi Istimewa.
FREE POSTAGE untuk pembelian 500gram & 900gram.
Manakala pembelian 180gram postage sebanyak RM6.00 sahaja.
.












Wednesday, April 4, 2012

Gembiranya saya hari ini

Sambil menghirup air milo panas, aku menulis entri ini. Sekadar perkongsian kegembiraan yang aku lalui pada hari ini. 

Hari ini bersamaan 3 April 2012 iaitu hari selasa aku dengan rasminya telah dilantik sebagai Pengurus bagi syarikat EZ Qurban Sdn. Bhd. yang akan berkuatkuasa bermula 1 Mei 2012. Aku rasa suka dalam duka. Kenapa aku suka? Sebabnya aku kembali kepada syarikat yang pernah aku berkhidmat dulu. Sebuah syarikat yang bosnya sangat baik dan perniagaan semakin rancak dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari umat Islam. Sudah pastilah aku begitu gembira untuk berkhidmat kembali disini?

Kenapa aku berasa duka? Sebabnya aku meninggalkan sebuah syarikat yang masih terumbang-ambing dari segi pengurusannya. Kini syarikat ini dikendalikan oleh kawan baik aku, Aswad Khawarie. Satu cabaran buat dia untuk menyusun kembali hala tuju EZ Kembara untuk masa hadapan. Mungkin dengan idea yang baru dapat mengembangkan lagi syarikat tersebut. Insha Allah. 

Bukan aku seorang sahaja yang naik pangkat tapi ada 3 orang kawan aku juga dapat jawatan yang sama untuk syarikat yang berbeza. Mereka adalah :- 
- Laila Farhana untuk syarikat Al Baghdadi 
- Haslina untuk Yayasan Al Baghdadi 
- Aswad Khawarie untuk syarikat EZ Kembara Sdn. Bhd. 

Masing-masing memikul tanggungjawab yang berat untuk memastikan syarikat bergerak dengan baik. Yang bestnya pulak PENGURUS dapat banyak kelebihan antaranya kenaikan gaji,elaun tambahan,kemudahan kereta pejabat dan sebagainya. Memang terbaik. 

Bila fikir-fikir balik rezeki itu memang datang dari Allah dengan usaha yang kita telah lakukan. Buat masa ini yang aku lihat semua pengurus ni memang bekerja keras untuk syarikat masing-masing. Mungkin dengan kerja keras yang mereka tunjukkan diberi kepercayaan untuk membantu BIG BOSS masing-masing.

Apa-apa pun aku seronok berkerja bersama mereka. Walaupun gaji kecil tapi suasana kerja menghiburkan serta mengajar aku untuk lebih matang sematang matangnya.

Jumpa lagi di post yang akan datang..

Wednesday, March 28, 2012

Assalamualaikum semua

Akhir post aku pasal berbuka puasa maksudnya waktu bulan Ramadhan 1432 hijrah tahun lepas. Dah dekat 7 bulan dah blog aku ni sunyi tanpa sebarang update. 

Kesian kepada pembaca setia blog aku (perasan kononnya adalah orang baca blog aku ni.hahaha) mesti diaorang tertunggu-tunggu berita terbaru tentang akukan. Maafkan saya kerana kesibukan kerja yang terlampau sangat. 

Mulai hari ini niat di hati ingin kembali menulis di dalam blog buruk ini.Kadang-kadang ada benda yang susah nak cerita dengan orang tapi kita nak share jugakan so bloglah yang menjadi mangsa.hehe.

Setakat ini sahaja post buat masa hari ini.Jumpa di post yang alain ek.

Salam sayang untuk semua :)

Wednesday, August 17, 2011

Percubaan pertama menjadi pengacara

Video ni aku amek waktu on the way ke majlis berbuka puasa di PICC..Macam ada bakat juga aku jadi pengacarakan..Vote 4 me..!!!!!

Berbuka di PICC, Putrajaya

Gambar aku terbaru..hehe..

Gadis2 EZQ.. :)

Ade jugak gambar der lagi..

Tengok makanan dorang, banyak tu..hehe..

Comelkan..haha..

Dah macam pondan dah aku tengok..haha..

Terbaekla der...

Ko tengok sampai tertido kekenyangan..

Siti nak ngorat sape tu..hehe..

Dah blog aku so banyakla gambar aku..hehe..

Kak Sima & Dayang..

Sebelum balik..

Bergambar di luar PICC..Lawalah gambar ni..

Ni lagi cantik..Nice View..

Der dengan camera barunya..

Siti dengan phone barunya pulak..

Tengok der..Gaya dah profesional dah..

Asyik dengan cameranya je..

Ni gambar kat camera sony..

Dah lapar dah menunggu ni..hehe..

Jeng..Jeng..Keluang woman!!!!

Pandai dah kak sima buat gaya..Manja gitu..

Comel si siti..hehe..

Berbuka & gotong-royong di EZQ

Disebalik tabir.. :)

Bersama Pengacara Jemputan merangkap Master Chef kita..hehe..
Halim Devotees pun datang jugak..

Siti pun nak jadi pengacara jugak..hehe..

Sorang lagi Pengacara dari EZQ..hehe..Aswad si budak hitam..

Monday, August 8, 2011

Berbuka puasa staf EZQ & Al Baghdadi

Pada 6 Ogos yang lepas EZQ dan Al Baghdadi telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama staf mereka dan juga tetamu-tetamu yang dijemput khas. Antaranya DJ IKIM iaitu Kak Mas & Ustaz Erwan, Krew Spice Routes dan ATC dari Al Baghdadi Methods..

Disebabkan aku staf EZQ so just pilih gambar EZQ jela ek..Nanti banyak sangat gambarnya..

Nak try jadi videographerlah tapi macam tak berjaya lagi.Gaya ada tapi output still tak best lagi.Takpe2, usaha tangga mencapai kejayaan.Caiyok2!!!

Tengok gaya memang mantap..hehe..

Anak-anak gadis EZQ..Comel semuanya :)

Atam bersama isteri dan anaknya, Chinta.

Sama comel..Asyu & Hanin..
Ade jugak gambar photographer kita ni..Terbaik der!!!

Emcee program yang cukup mantap..Bos aku ni boleh buat semua kejela..

Ibarat tugu negara yang telah lama dibina..hahaha..

Kak Mas dan suaminya..Ingatkan tak kahwin lagi rupe-rupenya dah 6 bulan nikah..senyam2 je kak mas..

Mai secawan..bajet comellah tu der..haha..

I like this picture..Muka aku ala-ala lelaki miang gitu..haha..

One happy family at Rawha Restaurant..

Akhirnya dapat juga berjumpa dengan family Ustaz Erwan..Ramai pulak anak dia tu..

Kembar siang & malam..haha..

Family bos aku..Mungkinkah ada pertambahan????..Nantikan..haha..


 

Blogger news

Blogroll

About