Pages

Powered by Blogger.

Thursday, March 24, 2011

Kini aku sudah bergelar seorang pendidik

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi aku keizinan untuk terus menulis di dalam blog. Walaupun lama menyepi tanpa sebarang cerita namun kini aku tekadkan azam untuk menyambung kembali penulisan blog yang mungkin sedikit sebanyak dapat memberi ilmu kepada para pembaca. Post kali ini berkenaan tentang kerjaya yang begitu lama aku idam-idamkan atas dasar minat yang mendalam dalam bidang ini iaitu menjadi seorang guru. Pejam celik pejam celik sudah 2 bulan aku bergelar sebagai seorang guru secara sambilan. Guru apa?Itulah yang istimewa bagiku kerana aku mengajar ilmu Al-Quran. Aku kini dipanggil ustaz dikalangan anak muridku. Bagi aku, panggilan ustaz itu terlampau berat untuk dipikul kerana perwatakanku mungkin boleh membuatkan orang salah sangka. Betul ke dia ustaz ngajar Al-Quran?Biarlah apa orang nak kata yang penting aku tau apa yang akan aku lakukan. Bagaimana aku boleh terlibat dalam bidang pengajaran mengaji Al-Quran ini?Ceritanya begini..

Suatu masa dahulu aku pernah memohon untuk menjadi guru J-Qaf di dalam borang KPLI. Pengalaman ini ada aku kongsikan didalam blog lama aku. Ketika sesi temuduga, aku berjumpa dengan seorang sahabat yang bernama Farhan atau panggilan lainnya Paan. Dia juga merupakan pelajar UIAM dalam jurusan ilmu wahyu. Memang sesuailah dengan bidangnya untuk mengajar Al-Quran tetapi aku gagal kerana jurusanku adalah jurusan perniaagaan. Aku redho tidak terpilih untuk menjadi salah seorang guru J-Qaf. Namun Paan sebaliknya, dia terpilih menjadi salah seorang guru J-Qaf dan dia sebelum memohon KPLI memang sudah pun mengajar beberapa kelas mengaji di rumah-rumah orang. Untuk memendekkan cerita, dia menawarkan pada aku untuk mengajar salah satu kelas yang dia ada. Pada permulaannya memanglah agak risau kerana ini adalah kali pertama aku ajar mengaji dirumah orang. Tetapi aku terima atas niat untuk membantu dia. Setelah berbincang dengan Paan mengenai kelas yang nak diganti akhirnya aku pun berkecimpung dalam bidang pengajaran Al-Quran ini. Sebenarnya bidang Al-Quran ini aku dah terlibat secara tidak langsung dalam syarikat Syihab Resources yang perniagaan utamanya mengajar Al-Quran tetapi aku tidak mengajar kerana atas sebab-sebab tertentu.

Alhamdulillah, kini muridku meningkat kepada 6 orang. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kelab JASA yang banyak mengajar aku untuk menjadi seorang fasilitator dan juga baik dalam menguruskan masa dan program. Berkat dari pembelajaran aku selama 3 tahun dalam JASA, aku dapat merangka cara pengajaran aku bersama anak muridku. Kelas mengaji adalah kelas yang mengajar Al-Quran agar budak cepat pandai membaca Al-Quran dengan bertajwid dan bertartil. Itu adalah pembelajaran waktu dahulu. Aku masih ingat ketika aku darjah 2 atau 3, aku pergi ke kelas mengaji di rumah seorang tok guru yang sangat garang. Jika aku tak dapat baca dengan betul, confirm aku akan dirotan. Dan ketika orang lain sedang mengadap tok guru murid lain jangan haraplah nak bermain-main. Nanti kena panggil baca tapi tak dapt baca nahaslah jawabnya. Itulah yang membuatkan orang dapat mengaji di awal usia muda kerana mempunyai tok guru yang garang.Tapi zaman berubah dan kanak-kanak masakini tidak dapt menerima pendekatan tersebut. Oleh itu, pengalaman mengajar orang asli dapat aku aplikasikan ketika dalam kelas aku. Selain itu, aku juga turut menambah pelbagai aktiviti agar muridku dapat belajar banyak benda tanpa mereka sedari. Sebagai contoh dalam kelas pembelajaranku, aku akan memulakan kelasku dengan bacaan ummul kitab, Al-Fatihah dan bacaan doa penerang hati dan doa memudahkan percakapan. Doa ini memang biasa kanak-kanak baca ketika di sekolah agama. Jadi ini adalah untuk membiasakan mereka untuk membaca doa setiap kali memulakan pembelajaran. Ini untuk membetulkan fahaman mereka bahawa bacaan doa bukan semata-mata  untuk menjawab peperiksaan sahaja. Kemudian sekarang aku menekankan tentang hafalan 99 nama Allah. Ramai dikalangan kanak-kanak yang ingat nama-nama Allah tapi tidak menyebut dengan betul.Samalah seperti aku ketika kanak-kanak dahulu. Main sebut je janji ada bunyi. Sedangkan sebaik-baiknya adalah kita kena sebut dengan jelas dan lagi baik kalau memahami maksudnya. Aku tak nak muridku lakukan apa yang telah aku alami. Teramat rugi. Kemudian slot seterusnya barulah masuk topik utama iaitu pembelajaran Al-Quran. Cara pengajaran terpulang kepada tenaga pengajar. Lagi kreatif gurunya maka lagi seronoknya muridnya untuk belajar. Aku gunakan segala kebolehanku untuk menarik minat anak muridku agar mereka belajar dalam keadan  mereka rela bukan mereka terpaksa. Bilamana mereka ikhlas belajar insya Allah ilmu mudah masuk ke dalam dada mereka dan mudah untuk diingati dan diamalkan. Tambahan untuk slot utama, aku akan isi dengan pelbagai pengisian lain contohnya ilmu fardhu ain, ilmu tajwid, hafazan, adab, hafalan doa-doa harian, cara mengambil wudhu' yang betul, cara solat yang betul dan sebagainya. Ini untuk menambah lagi ilmu bagi mereka. Sebelum tutup majlis pembelajaran, aku akan sudahi dengan bacaan tasbih kirafah dan surah Al-Asr. Kemudian di ikuti dengan doa khatam Al-Quran. Itulah rutin harian aku mengajar Al-Quran.

Secara jujurnya baru aku sedar yang bukan mudah untuk mengajar, banyak dugaan yang akan dihadapi. Sebagai contoh, salah seorang dari anak muridku suka bercerita mengenai peperangan dan dia amat bencikan Yahudi. Aku kagum dengan semangatnya yang mendalam untuk menghapuskan Yahudi. Dia merupakan seorang budak yang istimewa dalam 1000. One in the millionlah. Tetapi dari segi agamnya dia amat kurang pemahaman. Jadi, caraku untuk tackle dia adalah aku akan ikut tunenya dengan mendengar cerita-ceritanya dahulu dan kemudian barulah aku tunekan mengikut jalan yang sesuai dari segi agama. Jangan marah atau geram jika anak murid kita berperangai pelik dengan pelbagai kerenah tetapi kita sebagai guru kena beri sokongan agar azam mereka akan tercapai mengikut landasan yang betul. Sekiranya permintanan mereka itu meyalahi syara' batulah kita boeh membantah hasratnya itu tetapi selagi mana minatnya itu adalah halal maka sokong mereka dan bantu mereka.

Waktu keputusan KPLI keluar, aku dalam dilema sebabnya kalau dapat tawaran wajib aku pergi tetapi alhamdulillah tidak diterima. Tetapi hati tidak dapat menipu yang rasa kecewa itu masih ada. Aku mendapat mesej dari kawanku mengatakan yang rugi kamu tidak diterima menjadi guru kerana kamu seorang guru yang lain dari yang lain. Aku tak taulah apa yang dimaksudkan dengan lain dari yang lain tetapi aku faham kot.hehe. Idolaku dalam bidang perguruan ini adalah Great Teacher Onizuka@GTO. Sesiapa yang tengok ceritanya taulah macam mana perangai seorang guru yang sengal tetapi sebenarnya hebat. Perangai yang gila-gila tetapi mendapat tempat dihati pelajar-pelajarnya. Itulah yang cuba aku lakukan untuk meninggalkan impak yang besar kepada anak muridku. Tetapi aku taklah sengal sangat macam dia, sengal sikit adalah.hehe.

Kini aku sudah bergelar seorang guru, secara tidak langsung personalitiku pun makin banyak berubah kepada lebih baik insya Allah. Aku bersyukur kerana menjadi seorang guru yang mengajar Al-Quran kerana ilmu yang diamalkan oleh anak muridku akan terpalit juga kepada gurunya. Ada saham didunia dan juga saham diakhirat. Betul kata sahabatku, Paan yang mengatakan kepada sewaktu bersembang "Mengajar Al-Quran ni rezeki murah. Ada keberkatan". Dan aku percaya akan kata-katanya itu. Keberkatan itu yg kita cari kerana hanya Allah yang memberikan manusia rezeki didunia ini.
Aku doakan agar niatku mengajar ini istiqomah kerana Allah dan juga kerana ummah dalam melahirkan ummah yang pandai membaca dan memahami Al-Quran. Sebelum aku akhiri post ini, aku ingin mengucapakn jutaan terima kasih kepaa Syihab Resource@Al-Baghdadi methods kerana banyak memberi pendedahan mengenai Al-Quran ketika aku berkhidmat bersama mereka. Secara tidak langsung aku turut mempelajari untuk memantapkan ilmu yang sedia ada.

"Jika disuruh seekor burung mencelupkan paruhnya ke laut dan diangkat semula, air yang menitik dari paruh burung itu ibarat ilmu semua manusia dan air laut yang terbentang luas itu adalah ilmu Allah yang begitu besar"

Marilah sama-sama kita berjuang untuk melahirkan generasi yang pandai membaca Al-Quran.
Al-Quran merupakan mukjizat yang terbesar dari Nabi Junjungan mulia, Nabi Muhammad sebagai panduan kepada umat manusia di akhir zaman ini. Belajar membaca dahulu dan pakari ilmunya dan fahamilah maksudnya kerana ilmu2 Al-Quran itu menyeluruhi aspek di dunia & akhirat.

Akhir kata dari saya , sesiapa yang mengajarku walau satu ayat pun maka dia adalah guruku. Kata-kata dari Saidina Ali Karamallahu wajhah.

Buat semua guru yang pernah mengajarku sewaktu sekolah rendah, sekolah menengah, peringkat matrikulasi, peringkat universiti dan juga yang mengajarku secara tidak langsung. Jutaan terima kasih buat anda semua kerana banyak mencurahkan ilmu buat anakanda ini suatu masa dahulu. Semoga hidup kalian mendapat keberkatan dan mendapat rahmat dari-nya.Amin..

Wassalam :)

2 comments:

  1. Alhamdulillah.akhirnya dah boleh panggil abg peja cikgu peja.Ops... Cikgu Faizal. :P

    Mana blog lama..tak perasan dah bertukar...

    Semoga Allah mudahkan cikgu dunia akhirat sebar-sebar ilmu.Amin,Insya Allah. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih fatin..Pasni selalulah ziarah blog ni ek :)

    ReplyDelete

 

Blogger news

Blogroll

About